Powered By Blogger

About Me

My photo
just a simple girl,, love to read novels.. friendly~~ want to be a dentist in future!!

Thursday, July 17, 2014

MONOLOG

Assalamualaikum.
rasenye dah dekat setahun agaknye x update blog, haha. tetibe arini terase nak update, mungkin baru ade mase n baru ade mood balek nak conteng2 blog ni, haha, 

.KEHIDUPAN.LIFE.

ye, itulah yg kite semua tengah jalani, KEHIDUPAN,
setelah abes tahun pertama sebagai pelajar sarjana muda bioteknologi makanan di USIM, pelbagai bende yg diri ini lalui, penuh warna warni, jika dibandingkan dgn sebelum2 ini, tempoh setahun ini betul2 memberi aku byk pengalaman.. pahit dan manis.

terlalu byk perkara yg aku pelajari. baik dari segi pelajaran mahupun dari segi kehidupan, 
aku gembira dengan kehadiran sahabat2 ku yg sentiasa ada utk aku, namun. kadang kala dlm persahabatan, terjadi juga perselisihan, namun,, setiap masalah, ade jalannya. Alhamdulillah, dpt lalui itu semua.

Hidup ini juga penuh dengan perasaan.. gembira, sedih, suka, benci dan sebagainya. uniknya manusia ALLAH ciptakan, penuh dengan perasaan. setiap perasaan itu biarlah disandarkan kpd ALLAH.. sama ada ketika senang, gembira mahupun susah dan sedih, biarlah diri sentiasa dekat dgn ALLAH.

Kadang2 Allah datangkan ujian, kdg2 nmpak kecil, tpi besar rupanya. tapi, dari ujian2 itu aku bina kekuatan. terima kasih ALLAH :)

aku juga mahu minta maaf. kadang2, tidak mampu menjage hati semua org. kadang2 tidak sedar sedang melakukan kesilapan. maafkan aku.

maafkan aku juga. kadang2 aku diam tanpa penjelasan.. aku mencari ketenangan. tidak mahu diri ini disibukkan dengan perkara2 duniawi sahaja.

maafkan aku jika aku sakitkan hati.tidak pernah terlintas utk menyakiti sesiapa. kadang aku juga tersilap langkah, maafkan aku.

jika aku salah, tegur aku. betulkan aku. jgn biarkan aku. 

kadang2 aku juga perlu penjelasan. maka, jelaskanlah kepadaku. aku menerima.

kadang2, aku perlu org lain utk fahami diri aku. maka, fahamilah daku.. kenalilah bagaimana diriku,

.MONOLOG. 17 JULAI 2014.








1 comment:

  1. Assalamualaikum akak
    sy bakal melanjutkan pengajian bioteknologi makanan di usim mulai 1 sept ini.
    ada beberapa kemusykilan nak ditanya. harap akak boleh berikan emel. tq

    ReplyDelete